Tuesday, September 20, 2011

Hati....

Fikirkan pasal hati ni memang boleh buat seseorang tu naik giler...tak keruan kalo fikirkan pasal hati ni..kate org 'Sebab mulut badan binasa' tapi pada aku..'SEBAB HATI BADAN BINASA'...hahahha...memang pelik bin ajaib..tapi kalau kita pandai bawak hati kita biar tenang jer xkan la jadi yg bukan2 kan kwn2..hehehhe..BUT jgn tenang sgt.nnt makan diri kalau tenang sgt..:)..SO kalau kita dapat sentuh hati kita dan tanyer hati ape yg dia mahukan kan best kan..senang.takdela berbelah bahagi nk buat pape kat dunia nie..ada hikmah..sebab tu Tuhan bg kita hati..alhamdulillah..

Thursday, September 8, 2011

Jadi student semula..

12.9.2011 ni aku dh naik semester ke 7 daripada 8 semester yg aku kena amik kat UTeM tu..so dh nk abes la aku study dgree ni..hihihi..sgt tidak sabar menunggu saat abes study..tp pengalaman student ni pengalaman yg tak dpt aku lupakan..semester baru ni sudah kena ada tajuk PSM (Projek Semester Akhir)..Alhamdulillah aku dh ada tajuk dan dh confirm dh ngan supervisor aku En.Fairuz Dimin..harap semuanya berjalan lancar sampai aku grade nanti..doakan bersama..:)

Hamik Kau!!!..

Ini time lepas balik berfutsal malam raya kedua..tdo pagi sampai ke ptg..hahhaha..atap kampung dh la zink..mmg panas yg amat la..tapi tak da hal..sume tdo jer..hhahaha..ni baru suku daripada sepupu2 aku...kalo campurkan semua mmg xmuat bilik ni...miss this moment..:)

Wednesday, September 7, 2011

Makan Berbuka Puasa di Renaissance Hotel

Bulan puasa lepas kwn aku ajak aku mkn kt hotel..katenyer company dia suruh bawak ahli family tp dia bwk aku..hehehhehe..aku pon ok je la...mkn hotel 5 star..bedal je ape yg xpenah mkn..mmg xmkn nasi aku..hihihi..yg menjadi persoalan sekarang ni, boleh ler pulak terlebih org yg mkn kt situ..ape lagi bos kwn aku tu byr je la..sume dh mkn..rase serba salah lak aku sbb aku bkn ahli family kwn aku tu..hanya kwn..tp terima kasih byk2 la sbb ajak aku JAWA & ODAN...:)

Lagu yg asyik terngiang2 kat telinga aku..hahhahha

ada org menyanyikannya di dalam kete siap menari-nari..hehehhe..tu yg wat teringat je tuh..best gak lagu ni..layanzzz.....

Sunday, September 4, 2011

Kelebihan Puasa 6 Di Bulan Syawal


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.
Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.
Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.
Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.

SAMA-SAMALAH KITA MELAKUKANNYA..:)..AMIN

Kematian Mengejut Wartawan Malaysia

Al-fatihah kepada keluarga arwah kerana pemergiannya ketika buat liputan kat somalia..kematian mengejut mmg xdpt diterima dan ia akan mengambil masa untuk ok balik..takziah kepada keluarga arwah..

Keluarga Aku..:)

Ni gambar pertama family aku selepas ayah aku meninggal..love u forever!!

Shukor Adan

Entah kenapa aku suka giler ngan shukor adan..maybe sbb dia bdk melaka kot..tp byk lagi player lain yg duk melaka..aku start suke giler tgk dia main time Negeri Sembilan masuk final Piala Malaysia lawan kelantan..dia main sungguh2 walaupun time tu kalah..start tu aku tgk je game dia kat tv kalo ada live...player yg bersemangat..biar kalah dgn semangat juang jgn undur sblm main..moga dia sukses dlm kerjaya dia..:)

Berkumpul sambil beriadah..

Hari Raya kedua berkumpul sambil bermain futsal mmg best..dpt eratkan hubungan yg lame dh xjumpe..mmg secara kebetulan minat kitaorg sume same..so senang je adjust nk main futsal ni..jumpe je mmg ada je main futsal..maybe minat tu dtg dr pakcik2 kitaorg yg dulu ahli sukan kot..hahahhaha